Jumat, 25 Juni 2010

IKAN KELAH MERAH

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.

Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain. Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kalau sebelumnya ini hanya ikan besar ditangkap untuk dijadikan juadah, kini anak kelah ditangkap dan dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.

Amalan memelihara ikan dalam akuarium atau dalam kolam kecil di laman rumah adalah hobi yang menyeronokkan. Hobi dan minat begini perlu digalak dan ditanam dalam diri generasi muda sejak kecil lagi.

Kegemaran masyarakat kita memelihara ikan hiasan lebih mementingkan kepada jenis ikan yang dipelihara, bukan kepada sistem di dalam akuarium itu sendiri iaitu secara mewujudkan keseimbangan biologi dalam ekosistem akuarium. Ini boleh dilakukan dengan menanam tumbuhan akuatik dan menyediakan penapis biologi yang dapat menampung sisa yang dihasilkan ikan peliharaan sehingga beberapa bulan tanpa menukar airnya.

Alangkah baiknya seandainya di kalangan penggemar ikan hiasan yang memelihara ikan kelah sehingga mencapai saiz tertentu atau terlalu besar untuk dipelihara di dalam akuarium; supaya melepaskan ikan itu ke dalam sungai atau tasik untuk ia berkembang biak.

Perbuatan sebegini adalah suatu usaha yang sangat disanjung. Malangnya ada antara kita yang kurang prihatin terhadap tindak tanduk yang dilakukan iaitu menangkap ikan dengan sewenang-wenangnya dan memasarkannya ke luar negara secara haram.

Menuba, meracun atau menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan sepatutnya dielakkan sama sekali kerana ini akan memusnahkan banyak sumber fauna dan merosakkan ekologi perairan kita.

JENIS-JENIS IKAN HIASAN

Dalam perniagaan ikan hiasan dan akuarium salah satu factor yang perlu dipertimbangkan oleh perniaga adalah pengetahuan yang berkaitan dengan teknik-teknik memelihara ikan nhiasan yang akan dijual. Pengetahuan-pengetahuan tersebut antaranya adalah tentang jenis dan nama komersial ikan hiasan. Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan. Namun, secara umumnya ikan hiasan yang dikomersialkan boleh dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu ikan hiasan air tawar dan ikan hiasan air laut

Terdapat banyak jenis ikan yang boleh dilakukan hiasan untuk mencantikakan ruangan dalaman rumah dan luaran rumah antaranya ialah ikan emas, ikan guppy, ikan talipia, ikan kelisa dan sebagainya. Antara ikan yang popular untuk menjadikan hiasan ialah ikan betta splendens. Terdapat beberapa jenis betta splendens mengikut kategori ekornya manakala betta imbellis hanya terdapat satu jenis sahaja.
Betta Splendens
1. Ekor pendek
Terdapat 2 spesis ekor pendek iaitu:
a) Ekor satu (single tail)
b) Ekor dua (double tail)
2. Ekor panjang
Terdapat banyak spesis betta splendens akibat dari kacukan yang berterusandaripada pelbagai spesis yang berlainan. Antaranya ialah:
a) Ekor satu
b) Ekor dua
c) Ekor separa bulan (half moon)
d) Ekor delta
e) Ekor bertudung
f) Serit 1 (single ray)
g) Serit 2 (double ray)
h) Serit 3 (triple ray)
i) Ekor kupu-kupu (butterfly)
j) Serit sisir (crowntail)
k) Ekor mahkota (Royal)


Istilah yang biasa diguna untuk jenis:
1. Genotype - berkaitan ikan yang membawa sifat-sifatnya yang tertentu.
2. Phenotype - berkaitan ikan yang mengembangkan sifat-sifatnya apabila dikacuk.

Ikan Red Monk antara 250 spesies ikan hiasan baka tempatan yang dipamerkan di Akuarium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terletak di belakang bangunan Muzium Ethnologi Sarawak di Kuching dan ikan berkenaan antara ikan hiasan yang berpotensi untuk pasaran eksport. Malaysia merupakan pengeksport ikan hiasan kedua terbesar di dunia dan ia dijangka menjana pendapatan bernilai RM300 juta kepada negara menjelang tahun 2010.